Monday, August 31, 2009

buka puasa @ kluang station-ikano

buka puasa dengan kawan2 asrama azlan sabtu lepas dekat kluang station ikano. murah rm11.90 je buffet dia, mknan boleh la tahan ngan 11 engget tu. nasi putih, bihun, ayam goreng, asam pedas ikan pari hancur, ayam rendang, pengat pisang ngan buah2. air sirap setengah gelas tak leh refill. berbaloi jugak la ngan 11 engget tu. semua makan ngan penuh berselera sekali. ramai jugak kawan2 azlan yg dtg. yg dia tak jumpa bertahun2 dapat la jumpa ari tu. seronok tgk diorg berborak. cite2 zaman sekolah dulu. yg paling aku tak leh lupa kawan2 azlan cakap "eh.. lan, ko ni still comel cam dulu la..." hehehe... comel ok... ya, laki aku seorg yg comel... ala... kuchiiikuchiii....



ahad, buka puasa di bukit subang, mak masak kari ikan, lala goreng dan macam2 lagi. sungguh menyelerakan sampai kene makan eno sbb rasa full sgt malam tu.

ari ni plak ari merdeka. bad news nye, anak sedara azlan (anak sedara aku la jugak), bebi rayyan masuk bukit mertajam specialist sbb h1n1. harap bebi rayyan cepat sembuh. nangis kitorg td dengar berita ni td. so sape yg ada bebi, jgn la bawak anak kuar2 yer.

Friday, August 28, 2009

basah weyyy...

yer... semalam ptg hujan dengan lebat nye. dah la kitorg naik motor. basah kuyup la aku ngan laki aku. sejuk giler. sakit plak tu kene hujan. dannnn..... "ter"masuk la air2 hujan dalam mulut aku sikit. rezekiiii..... hahahaha.... sepanjang jalan sampai ke shah alam hujan tak benti. shah alam hujan lebat giler. pengalaman oooo naik moto dalam hujan... sampai shah alam terus g pasar ramadhan beli lauk. asam pedas ikan pari ngan lala goreng. yum yum sedap. lepas buka, semayang terus rase pening kepala. azlan pun sakit kepala. dia lagi la tak leh kene hujan. malam td aku dah rase cam nak demam. badan dah panas sikit.

pagi td bagun sahur, hujan lebat giler. lepas sahur terus mandi, solat dan siap2 nak g keje. ari ni bawak rondo sbb hujan. tak de pilihan, kene kuar awal sbb takot jem. nak plak hujan2 ni. kuar umah 6.40am sbb takot jem. lalu federal. dah start jem sikit. tp aku sampai bangsar awal jugak kul 7.30am.

ari ni belum ade keje lagi. masih lagi relex tunggu access. bosan jugak sbb kat sini tak leh nak YM dan ape2 chat pun tak leh. maka terputuslah hubungan aku ngan kawan aku sbb tak leh YM. oohhh tidakkkk. sbb tu aku update blog aku. ngan baca blog2 org. kawan2 ku, ana, lin, ida, mel, rabie... sila la update blog korg supaya aku boleh bace. tak le aku bosan sgt... hehehehe... macam la korg tak de keje lain kan.... anyway, selamat berposa kepada kawan2 ku.

Thursday, August 27, 2009

yer... aku tgh bosan...

skrg tgh lunch hour. semua org boleh tdo. sbb puasa kan. aku shy la nak tdo. so aku pun rajin kan diri aku untuk blog... ermmm tak de mende nak cite pun.

korg tgk tak cite nur kasih? cite ni best kan. semua yg berlakon tu semua menjadi watak diorg. espeacilly sarah yg adik nur amina tu. sakit hati betol aku tgk dia. gedik, getis, gatal, gelenyar semua ada la kat dia. hebat dia berlakon, sampai buat aku nyampah tgk dia dalam cite tu. caya laaa....skrg ni org sibuk pasal dapat email gambar nur amina tu real life dia. pastu sibuk kompen minah tu seksi la, dalam cite nampak baik la.... owhhhhh kamonnnn laaaa... dah nama pun berlakon. minah tu sendiri cakap susah dia nak berlakon cite tu sbb watak dalam cite tu lain benor ngan watak dia real.... tp aku mmg suka la kat nur nur nur kasih ni... abg aidil yg sangat la alim dan sangat la good... adam yg mmg macam haram buat nur amina cam tu... best betol la diorg ni berlakon..... jumaat je kalau boleh aku ngan azlan tak nak g mana2 sbb nak tgk cite ni....

sejuk gila la opis ni. dan buat aku bertambah lapar. laparrr nyeeee....

Wednesday, August 26, 2009

puasa dan kerja

tahun ni aku puasa ngan laki aku laaa... dah kawen la katakan. skrg dah kene bgn sahur siap kan makanan si azlan. first day bukak pose di rembau. makanan meriah2. kak su, mak rembau masak byk lauk. best giler. semalam plak bukak pose kat bukit subang. mak bukit subang masak asam pedas ikan merah yg sangat la lazat... yum yum. tertelan air liur.

minggu ni dah start keje di tempat baru. ok la. baru lagi kan. ni pun baru je boleh masuk internet. access tak de lagi. so brother kat sini login pc ni pakai id dia... "thanks bro"... jasamu sgt la di kenang. so mende pertama aku buat ialah UPDATE blog aku ni...

di sebabkan semalam jem bagai nak mampos, menyebabkan aku sampai opis lambat, so, ari ni aku dan azlan telah merempit menaiki scooter. ari ni azlan anta sampai opis. first time kot aku naik moto jauh giler.... tp best. 30 menet je sampai lalu federal highway. kitorg bubye je kat kete2 yg stuck dalam jem tu ngan hidung kembang2.. bangga siot.... tp esok aku naik train kot. senang. LRT kat sebelah building je. mmg aku tak kan drive dtg keje sbb jem nye bagaikan ape je... balik semalam pun jem jugak dr bangsar lagi. bila sampai, masuk2 umah je dah azan... hampeh... nak masak air pun tak sempat.

okla sambung later la. i SHY nak ber blog kat sini... daaaaaa.......

Tuesday, August 18, 2009

aku berjaya!!!

yeay... aku telah BERJAYA naik kan berat badan azlan 3 KILO... satu kejayaan buat aku... nak kene celebrate ni.... bukan senang...

Monday, August 10, 2009

family-in-law


semalam lepak di rumah alin dr tgh hari sampai ke malam. alin n abiyan buat birthday yana n hanis. makan byk gile semalam. laksa ada, nasi ayam ada, caramel ada. yg paling best, cheese triffle kak su buat, yummmmmmyyyyyy sedap gile. kitorg semua enjoy makan dengan byk nya...

lepak

kamis... lepak kat hakim baru ngan kawan2 UiTM Shah Alam. Thanks to Denso yg telah organise lepak2 ni. kalau ko tak buat, ntah bila la kite nak lepak pulak kan... min tak datang pun malam tu. yg ada amzari, lan mantap, kiman, denso, kak ummi, azlan and aku. yg best nye, kiman belanja malam tu... kiman dah jd Asisten Menejer kat TM... kiman kaya oooo skrg.... thanks kiman. ko mmg baik hati. semoga ko kawen cepat. nnt ko ada kad nikah cam kitorg semua... hahahaha... gambar lan mantap ngan denso tak de sbb diorg balik awal.


Friday, August 7, 2009

ptd pulak


esok ada exam ptd. azlan pun sekali ngan aku. harap2 boleh tiru... sbb aku tak pandai... hohohoho... isk belom pape dah pk tak baik. ape la aku ni. ok dah insaf balik. kalau azlan dapat ptd ni bagus jugak keje gomen. mana tahu ade rezeki azlan lepas ni. esok kali ke 2 dia ambik exam ptd. ari tu tak berjaya. mana tahu kali ni berjaya. aminnn....
"GO ABIE... I SOKONG U"
u sokong la i jugak ek. hehehe.. esok u tulis BESOR BESOR ok. i leh jeling2.. "menjeling menjeling ku bertentang, mata kita sama memandang, ku cuba ku cuba nak bertanya, apekah jawapan nya..."

Wednesday, August 5, 2009

SUPERMAN

aku bukan lah superman
aku juga bisa nangis
bila kekasih hatiku
pergi meninggal kan aku
lagu ni sgt la chumel... boleh tgk kat sini.... layannnn...

video

ermm.... ari ni nak cite pasal baju raya... hahaha. pose pun belum lagi. tp excited dah ambik baju raya. tahun ni ade 4 pasang baju kurung. fuhhh raya sakan kali ni. maklum la raya kali ni boleh balik kampung azlan... ooo ooo ooo balik kampung, ooo ooo ooo balik kampung, ooo ooo ooo balik kampung, hati girang....

Tuesday, August 4, 2009

i feel like a form 5 student

pagi td pegi la buat assesstment kat bnm. masya ALLAH... aku rase macam nak ambik kertas SPM je. kene buat 2 essay. satu english satu bahasa malaysia. bila dah siap, aku bace balik essay aku, aku rase cam nak tergelak. aku rase kalau budak form 5 baca karangan aku mesti tergelak jugak... terasa cam betapa tak pandai nye aku buat karangan... hahaha... nak tahu ape tajuk essay yg aku kene buat td? aku tak ingat sgt, tp cam ni la bunyi nye..

english essay:
1. What do you know about ICT and how ICT can helps in developing Bank Negara into a Knowledge Based Organization.

2. How to increase your creativity in your work?

3. What is "Globalisation Spurs Malaysian Economy"?

4. What is a valid contract in Malaysia?

BM plak:
1. Apakah perancangan anda dalam mengahadapi era globalisasi?

2. Apakah yg anda faham dengan "K-Worker"?

3. sama cam soklan no 1 english essay.

Bila baca je soklan, aku dah nak tergelak... APA AKU NAK JAWAB NI?.... rase cam nak google je... aaarrrggghhhh... tp aku belasah je jawab. soklan no brapa aku jawab adalah rahsia... muahahahaha... yg pasti sangat kelakar. lepas jawab essay, terus g buat skills assesstment plak 30 menet.

kesimpulan nye, no komen... hahahahaha... tunggu je.