Friday, July 29, 2011

selamat berpuasa

kawan2...

1) selamat berpuasa...jgn makan di siang hari.... selamat berpuasa berpuasa *2kali puasa* kepada lelaki2 yg isteri dalam pantang
2) selamat buat ibadat...mari la kite sama2 kumpul markah byk2 supaya report kad kita cantik nnt...
3) selamat kurus...kepada org yg nak diet masa bulan puasa ni.
4) selamat zip mulut....jgn nak megumpat sana sini... buat dosa kering je...
5) selamat sabar melayan anak kecik yg tak berpuasa....*aku la tu org nya*
6) selamat mencuba resepi2 baru utk berbuka puasa
7) selamat berbelanja....baju raya, kuih raya, kasut raya, langsir raya, karpet raya, kereta raya etc etc
8) selamat beramallllllllllllll................

Regards,
Kak Long Lambung...

High 5ive!!!!

video

Tuesday, July 26, 2011

muhasabah diri

hari ni tak tahu kenapa hati aku sayu sgt. sayu mengenangkan diri sendiri. mungkin terkena tamparan hebat, yg sampai menyedarkan diri aku ni. yeap...semua org tak perfect kan. tp kadang2 kite tak sedar kite ade perangai buruk sampailah ade org lain yg menyedarkan kite. baru la nak sentap, tp bila pikir2 balik, betol jugak ape yg di ckp kan tu. pada aku, aku akan improvekan diri aku kalau aku rasa itu betol.tp masa sentap tu, aku akan nangis puas2 lepas tu aku review diri sendiri. aku ambik mende tu positif. mende yg paling aku benci bila org provok2 aku. tu mmg pantangggggggggggg.......pantanggggggggg sgt....

contoh macam hari ni, tgh sedih2 aku dapat tahu ade "org" tak suke aku. aku terus rasa gembira. kenapa aku gembira??? sbb aku pun dah lama menyampah dan menyumpah tgk "diorg" tu. hahahaha...

ramadhan pun dah nak dekat. mari la kita muhasabah diri kita utk jd lebih baik. kepada kawan2 aku mintak maaf byk2 andai kata ade tersalah kata dan kelakuan yg menyinggung perasaan korg. aku hanya manusia biasa yg tak boleh lari dari melakukan kesalahan.

Friday, July 22, 2011

syukur Alhamdulillah

tiba2 hari ni rajin pulak nak mengarang. hehehe. sepanjang minggu ni asyik baca cerita sedih je. pasal org meninggal, org sakit, org bergaduh, org buang anak... isk isk isk...bila aku tgk balik pada diri sendiri, aku sgt bersyukur menjadi diri aku sekarang, sebab aku selalu bernasib baik.

kenapa aku cakap aku bernasib baik???

aku dibesarkan oleh keluarga yg tak susah. tak susah dalam erti kata, mak ngan bapak berjaya besarkan kami 6 beradik dengan sempurna. makan, sekolah semua cukup. tp aku sedih bapak tak dapat tgk result SPM aku dan merasa gaji aku. sebelum bapak meninggal, dia cakap dengan aku "ayu, bapak rasa bapak tak sempat kot tgk ayu masuk universiti...".kata2 dia tu mmg betol. lepas aku abis SPM, last paper math (kalau tak silap aku)masa tu sbb paper math kene tunda sbb pilihanraya. bapak pergi buat selama2nya. perasaan aku masa tu, sedih...tp bila aku fikir balik, yg pergi tetap pergi...aku masih ada mak yg aku sayang... aku patut bersyukur, aku masih ada mak, ade kakak2, ade abang n ada adik.

masa result SPM keluar, aku tak pernah jangka pun result aku sebagus yg aku dapat tu. sbb aku bajet, aku ni tak de la pandai sgt. hahaha... lepas tu aku dpt tawaran buat electrical engineering kat UiTM penang. perasaan masa tu "ape gile budak account nak buat engineering ni"... tp mak bg keyakinan dan semangat kat aku yg aku pasti boleh buat. first semester, aku suffer sbb aku rasa aku paling bodoh dalam kelas sbb aku tak paham langsung ape yg lecturer ajar. tp first semester, aku failed satu paper je. nak abiskan satu semester tu, hari2 aku nangis call mak suruh ambik aku dari situ. aku tak nak belajar. tp mak suruh aku bersabar. end up, aku grad jugak. aku patut bersyukur, aku grad jugak akhirnya. lepas tu sambung degree kat shah alam buat electrical jugak. grad jugak with flying color (aku letak diri aku as flying color) sbb aku buat part time and cgpa aku 3+ kira hebat la tu kan. sambil keje, sambil belajar. yer...bukan senang nak keje sambil belaja ni. i have very limited time to study. tp aku bersyukur, aku jumpa semangat aku kat UiTM shah alam. which is now my lovey dovey hubby.

lepas abis degree, aku ambik keputusan utk berkahwin. umur pun dah mmg patut kawin. aku kawen umur 27 tahun. umur 28 tahun dah dapat anak sorg. aku bersyukur hadirnya aqeef dalam hidup kitorg. aku mmg pernah set target dalam diri aku yg sebelum umur 30, aku mesti akan kawen, mesti beli rumah, mesti ada kereta, mesti duit dalam bank dah ade sebanyak ni "$$$$$" dan dapat pergi umrah. sekarang aku bersyukur, ape yg aku target tu, byk nye aku dah dapat. cuma duit sebanyak itewww dan niat pergi umrah tu belom lagi berjaya. tahun depan umur dah 30... aku berharap sgt sgt sgt, niat nak pergi umrah tu termakbul..amin....

byk lagi la aku rasa aku ni bernasib baik. tp kadang2 aku blame diri sendiri sbb selalu terlupa utk bersyukur. betapa jahil nye diri ini. Ya ALLAH, aku bersyukur dengan rahmat yg telah Kau berikan kepada aku. ada suami yg baik, ada anak yg comel, ada ibu yg masih kuat, ada kakak2, abg, adik... Ya ALLAH betapa beruntung nya aku.

Tuesday, July 12, 2011

saya seorg pelajar tidak lama lagi...



hari ni tahu result berjaya sambung buat masters...phewwww.... tetiba rasa nebes plak... boleh ke aku??? yg pasti mari la kite kuatkan semangat utk jd pelajar balik... semua adalah pemenang, tiada pengalah... *apakah kaitan*


to aqeef my hero, please understand, mommy nnt kene belaja lebih skit tau. jgn nak mengada2 sgt ok... and aqeef pun kene belaja sama macam mommy, supaya aqeef jd bijak... nnt tak de la mommy malu bila org2 bertnya..."anak kau dah pandai apa?" mommy dengan bangga nya akan jawab "owhhh dia skrg belaja calculus 4, buat triple triple intergration"....wahhhhhhh gitewwwww statement....


to my hubby lovey dovey, tolong la bg semangat kat i... lepas ni tak de la nak pegi warehouse sale ke, ukur bangunan OU ke, mid veli ke... i tahu, dalam hati u berkata "yesssssssss....lepas ni sayang tak de la nak ajak kuar jalan2 lagi"..... *blueeekkk*


to aqeef and daddy.... mommy want to say.... "aaaarrrrrrrrgggggggggggggghhhhhhhhhhhhh"